Wednesday 4 July 2018

Cara menjawab komen pemeriksa (selepas VIVA)

Langkah 1: Masukkan semua komen dalam laporan pemeriksa, wakil dekan dan catatan penyelia semasa viva ke dalam Laporan Pembetulan Tesis

Langkah 2: Buat justifikasi kepada setiap komen pemeriksa, sama ada setuju atau tidak dengan hujah berkenaan.

Langkah 3: Bagi hujah atau komen yang tidak disetujui (pemeriksa yang tidak hadir) dan disokong oleh penyelia, huraikan dengan bukti kenapa tidak setuju dengan komen atau hujah berkenaan dalam Laporan Pembetulan. 
 
Langkah 4: Bagi hujah atau komen yang disetujui, buat pemurnian (separa setuju) atau pembetulan (setuju sepenuhnya) pada tesis (dengan warna teks yang menonjol) mengikut komen yang tercatat dalam Laporan Pembetulan.

Langkah 5: Tunjukkan Laporan Pembetulan bersama dengan tesis yang telah dimurnikan dan dibetulkan kepada penyelia, sehingga mendapat pengesahan pembetulan daripadanya.

Langkah 6: Tunjukkan Laporan Pembetulan bersama dengan tesis yang telah disahkan oleh penyelia kepada pemeriksa dalam dan/atau luar sehingga mendapat pengesahan pembetulan daripadanya.